Monday, September 14, 2009

Di manakah kita saat ini?

Assalamualaikum semua..

Hari ni dah masuk 24 hari umat Islam berpuasa... Minggu lepas bila PM umumkan bahawa tahun ni tak ada bonus raya..ramai ler kengkawan yang tarik muka masam.. pening kepala gamaknyer bonus tak da untuk raya jadi perbelanjaan raya limited skit ler... Sebenarnya tak payah nak risau kalau kita bersyukur dan redha mesti hati kita tenang tak ler serabut dalam kepala ni..cuma yang penting mesti planing betul-betul apa yang perlu di beli... kena ler bezakan antara kehendak dan keperluan baruler tak "over budget"

Dalam kita dok sebok buat persiapan nak raya ni pernahkah kita terfikir adakah mungkin ini ramadhan terakhir buat kita...kalau benar.. apa tindakan kita?? Dah cukup kah bekalan dan persediaan kita untuk ke sana adakah sehebat persediaan kita untuk sambut hari raya yang bakal menjelang beberapa hari lagi...???? LU PIKIR LAH SENDIRI!!!

Tapi....harus di ingat tinggal beberapa hari ajer lagi bulan ramadhan..jangan lupa pulak bayar zakat fitrah...dan berbanyakan sedekah moga-moga amal ibadah kita diterima ALLAH.. amin....Sampai jumpa lagi..take care semua...

No comments:

Post a Comment