Monday, October 12, 2009

Kelas Pelaburan Emas

Salam...
Pihak Public Fine Gold International akan mengadakan Kelas Pelaburan Emas. Berkongsi tentang ilmu pelaburan Emas di Malaysia & Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Emas. Kepada anda yang berminat untuk menambahkan Ilmu Pengetahuan Dalam Pelaburan Emas amatlah di alu-alukan.



Tempat : KL Branch

Public Fine Gold International Sdn Bhd
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor)
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel: 03-5634 8999
Fax: 03-5634 1916

Tarikh: 14 October 2009.Rabu
Masa : 8.00 mlm - 10.30 mlm

Bayaran : Percuma

Anda boleh bawah pasangan bersama, kawan-kawan dan kaum keluarga

mari kita berkongsi ILMU tentang perniagaan emas ini

Thursday, October 1, 2009

Langkah Pertama....

Salam semua...

Harap semua berada didalam keadaan sihat sejahtera... Kali ni nak citer skit ler..pengalaman membuka syarikat sendiri... Pehhh..dan ada company geng kita ni...Mantopppp!!......Sebenarnya baru nak belajar-belajar berniaga...kumpul aset waktu muda ni esok bila dah tua tak ler kena kerja sampai bonkok tiga ...sesuai dengan saranan kerajaan "Satu Keluarga Satu Syarikat" hehhehehe...

Mula-mula tu pening gak nak pikir nama company ni....tk besar mana pun company Ent jer...tp nanti bila ada rezeki lebih boleh ler buka cawangan.. pastu buka comp Sdn. Bhd plak.. then klu ada rezeki lebih lagi boleh ler beli lombong emas.. hehehhe sambil-sambil tu membantu org-org yg susah...klu ada company nanti ada rezeki lebih boleh hire pekerja...hmm bagi rezeki kat org...kluar zakat... sponsor anak-anak miskin yg mana nak sambung blajar...dan buat apa yang patut untuk invest dapat saham akhirat.. tp sebelum tu kena ler bljr invest dulu...

Ok berbalik pada citer register syarikat ni...masa dalam perjalanan ke SSM masih blur lagi nak bagi nama apa..tiba-tiba dpt idea bila terpandang satu cek... then kami pilih nama GOLDBIZ Ent sebagai pilihan pertama, Solid Gold Ent pilihan kedua, dan Global Gold Ent pilihan ketiga... dalam hati tu..harap-harap dapat ler nama yang pertama... Setelah mengisi borang pendaftaran syarikat...masa proses mencari nama syarikat tu berdebar gak..sebab memang mengharap dpt log nama GOLDBIZ ENT tu... Tk lama lepas tu kerani kat kaunter kata nama tu tk da lagi org guna... pehhh memang nak jadi rezeki kami hari ni...

Selepas tu g kat bank pulak cadangnya nak buka current acc..senang skit.. nk kna ler asingkan antara pendapatan biz dan pendapatan harian biasa, baru senang nak buat account kluar masuk.. Bila dah lengkap mengisi borang.. kami pun berjumpa pegawai bank ...selepas menyemak borang dan dokumen yang di isi.. dia tanya "Ni nak buka acc ada introducer ker klu tk da tk blh buka acc..ni syarat kami" ALAMAK....... ni yg berat ni..kami tk kenal sesiapa yang ada currnt acc kat bank tu... Lama ler gak kami mengadap pegawai bank tu.. memula dia mcm tk nak layan jer..dia suruh gak cari introducer utk buka current acc dekat sejam gak ler pikir sapa yg nak jadi introducer kami...agaknya dia tgk muka kami mcm frust jer..then dia ckp di jumpa manager dulu klu manager luluskan then kami boleh buka klu tk...kami kena cari ler sesiapa yg nk tolong.. masa pegawai bank tu masuk jmpa manager dia..kami pun bedebar gak.. tk lama lepas tu dia ckp manager luluskan untuk kami buka acc.... PHewww... lega... alhamdulillah... snyum smpai ke telinga..hehehhehe tk sia-sia buat muka sposen depan pegawai tu.. Satu lagi episod yg dimudahkan oleh Allah...

Setelah selesai kedua-dua urusan dunia ni..maka sah lah kami mempunyai syarikat GOLDBIZ ENT...dan ada bank acc dibawah nama GOLDBIZ ENT. Ni adalah langkah permulaan perjalanan baru kami untuk maju ke hadapan... masa tengah menulis blog ni...radio pulak putarkan lagu DOA BUAT KEKASIH - Ramli Sarip & Kathijah Ibrahim...

Sejarah Mengajar Kita
Menjadi Lebih Dewasa,
Meniti Arus Angkara
Lupakan kisah Yang Lalu
Teguhkan Tugu Iman Mu
Doa Ku Buat Kekasih..

Moga segala yang dirancangkan dan dilaksanakan mendapat keberkatan ALlah...aminnn
Salam Semua....

Diharap semuanya sihat sejahtera disamping open house yg masih tak habis-habis lagi... Hari ni nak citer skit pasal Emas dan apa kepentingan Emas kepada kita...Hmmmm bunyi macam serious jer ni... hehehheh. Emas ni kalau nak di ikutkan adalah salah satu dari kurniaan Allah yang keluar dari perut bumi...sampai skrg ni masih tk ada lagi teknologi moden yang mampu mencipta emas seumpana emas yang di kurniyakan oleh Allah.. sebab tu Emas ni dikenali sebagai logam mulia...

Kalau nak ikutkan sejarah negara kita ni....penjajah pun datang ke Melaka pada asalanya untuk mengaut kekayaan hasil bumi disamping menyebarkan agama mereka... mereka berpegang kepada matlamat 3G bukan 3G yang digunakan skrg ni.... tapi Gold, Gospel dan Glory... Motif ini yg digunakan oleh "Bengali Putih" Alfonso D Álbuquerque'pada tahun 1511 dan semenjak dari itu ler...start berlakunya penjajahan di Tanah Melayu kita....

Tapi sebenyarnya hari ni bukan lah nk citer pasal sejarah..cuma nak menjelaskan betapa berharganya logam yang dinamakan EMAS. Sebut saja Emas semua org tau...dari budak kecik sampai org tua..semua tau emas tu bernilai...TETAPI.... soalnya bagaimana kita mengambil kesempatan keatas logam ini untuk meningkatkan nilai eset yang kita ada???


Kenapa Emas???

Salah satu kelebihan emas ni sebab dia kalis inflasi... mari kita flashback balik masa kecik-kecik dulu klu g skolah bapak bagi belanja 50sen jer...tu pun dah mewah dah..boleh beli nasi lemak 30sen, air sirap 10sen dan lebih tu dapat ler beli gula-gula 3 ketul..kita tengok pulak masa sekarang ni bebudak skolah bawah duit RM3 pun masih ckp tk cukup lagi.. itu tandanya duit yang kita ada nilainya semakin kecil..walaupun masih dikeluarkan oleh bank yang sama (BANK NEGARA MALAYSIA)....


Cuba kita tengok pula harga emas kalau dulunya harga Emas sekitar RM60+ segram tp skrg ni g tengok harga emas kat kedai emas ...emas 916 pun di dah RM133..so..APA MAKSIDNYA TU...!!!! Ini bermakna kalau simpan emas harga semakin menaik ..jika kita simpan duit cash...nilai duit tersebut semakin menyusut...

Ok klu kengkawan masih Blur lagi...meh kita tengok graf kat bawah ni perbandingan nilai emas dan nilai matawang utama dunia..



Disini kita dapat lihat dimana nilai matawang ciptaan manusia semakin lama semakin susut nilaiyan tetapi Emas ni mantain.... jer..

Kita tengok pulak perbandingan diantara nilai emas dan USD dalam tempoh 15 thn



Graf ni plak menunjukan perbezaan antara nilai dolar dan emas...klu kita tgk dlm tmpoh 15 thn nilai emas semakin menaik manakala nilai dolar semakin menurun....

sumber: www.gold.org

Dari 2 graf yang kita lihat diatas..kita bleh pikir sendiri yang mana lebih baik...sama ada smpan cash kat dalam bank, celah bantal, dalam almari, bawah tilam ataupun kita beli emas sebagai eset simpanan diwaktu kecemasa atau satu pelaburan yang bernilai utk masa depan...bak kat org tua-tua... Pendayung sudah di tangan, Perahu sudah di air..so Apa tindakan kita???

Sampai berjumpa lagi...take care semua....wasalam