Tuesday, September 15, 2009

Bertatih sebelum berlari

Assalamualaikum…dan salam sejahtera kepada semua.. Moga hari ini kita berada di bawah lindungan dan rahmat NYA. Hmm raya pun dah nak dekat sangat ..tinggal beberapa hari ajer lagi..semangat raya pun dah berkobar-kobar niee..

Sekarang ni tak banyak sangat aktiviti..maklumer bulan puasa tk boleh ler ligat sangat..lagi pun buat masa sekarang saya tengah menambah ilmu…study skit…KENAPA?? Mesti ramai yang tanyer …study sebab exam dah dekat ker..atau study untuk masuk kelas lepas ni…Teeeetttttt….. jawapanyer semua tu salah.. saya tengah study dan mengumpul maklumat bagaimana untuk menjana pendapatan tambahan dengan nama lainyer membuat pelaburan yang berisiko rendah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum…

Waaahhhh…menarik gak tu…Saper nak tau… angkat tangan!!! Hehehehe . Saya tengah study dan mengumpul ilmu untuk memulakan pelaburan dalam emas... emas fizikal dan emas maya.. HMM...bila baca blog jutawanemas yang ditulis oleh sifu emas En Syukor dan blog pokli.. (dua blog ni sebagai rujukan utama ) betapaler ruginyer sebab tk jumpa blog ni dulu-dulu..kalau dulu lagi tau pasal pelaburan emas ni sure REMPIT...!!! beli emas ni waktu murah.. tapi sebenarnya beli emas ni tak rugi pun walaupun pada masa sekarang ni...simpan untuk long term..dan simpan untuk waktu kecemasan.

Kalau kawan-kawan nak tau pasal pelaburan emas ni boleh ler melawat blog-blog yang dinyatakan di atas..cari ilmu dulu sebelum amalkan....sebab BERILMU TANPA BERAMAL ITU SIA-SIA dan BERAMAL TANPA BERILMU ITU GILA!!! So... jangan ler jadi org yang hidup sia-sia dan gila.... Saya akan cuba berkongsi ilmu dengan kawan-kawan semua didalam blog ini...isyaallah...doakan yang terbaik...

Raya ni dah planing untuk jumpa POKLI nak mintak tunjuk ajar pasal ilmu emas ni..isyaallah nanti bila ada waktu dengan sifu En Syukor plak...dan sekarang ni juga tengah mengumpul modal untuk memulakan pelaburan dan simpanan dalam emas ni....doakan saya..agar cepat-cepat dapat kumpul modal, cepat cepat dapat beli emas..cepat-cepat dapat buat eset..disamping itu dapat berbakti kepada orang lain....amin...

No comments:

Post a Comment